Posts

Showing posts from April, 2011

Manusia boleh hidup hingga 100 tahun

Image
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Boston, Amerika Syarikat, telah melakar sejarah apabila berjaya menghasilkan sejenis   gen yang mampu memanjangkan jangka hayat manusia. Gen luar biasa itu didakwa dapat membuatkan manusia hidup lebih daripada satu abad. Pada 1 Julai 2010, sebuah akhbar tempatan, The Telegraph melaporkan, kumpulan penyelidik itu telah menemui gen tersebut melalui satu uji kaji yang dilakukan ke atas  DNA manusia. Difahamkan, DNA  yang digunakan untuk kajian tersebut diambil daripada lebih seribu orang responden yang berumur 100 tahun ke atas. Selepas kesemua DNA itu dikumpulkan, kumpulan penyelidik berkenaan melakukan satu lagi uji kaji melalui kaedah memadankan spesimen tersebut dengan DNA daripada populasi umum. Hasil daripada uji kaji tersebut mendapati, kedua-dua DNA itu bertindak balas dan membentuk gen baru yang sangat unik. Profesor Paola Sebastian Ketua kumpulan penyelidik itu, Profesor Paola Sebastian menjelaskan, gen baru yang telah dihas

Muncul wajah manusia pada pokok

Image
Pertengahan tahun 2006, di Kampung Paya, Pajak Song, Pulau Pinang, orang ramai termanggu melihat sebatang pokok pinang yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia. Wajah persis seorang lelaki tua itu lengkap dengan hidung, mata, telinga, dahi dan mulut.  Menurut pemilik pokok pinang tersebut, Miah Majid, 60, seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat pokok pinang miliknya menjadi begitu. Jelasnya, sebelum kejadian pelik terbabit berlaku, pokok berkenaan tumbuh dalam keadaan normal. Tidak berapa lama kemudian, wajah itu mulai muncul pada bahagian upih. Ekoran dari kejadian aneh itu, perkarangan rumah Miah mula dipenuhi orang ramai yang datang dari segenap pelosok daerah negeri tersebut untuk melihat sendiri pokok pinang berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dan  negeri-negeri pantai timur semata-mata untuk melihat imej yang menyeramkan itu. Seorang saksi yang melihat kejadian itu, Zainol Nayan, 54, berkata, dia ternampak gamba

Tragedi berdarah May Lai

Image
Bahagian pertama: Pembunuhan beramai-ramai di May Lai 16 Mei 1968, tarikh hitam yang tidak dapat dilupakan oleh semua penduduk kampung May Lai, Vietnam. Kira-kira pukul 7:00 pagi pada hari itu, sekumpulan askar daripada kompeni C di bawah pimpinan, Leftenan William Calley telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas kampung tersebut. Semua itu berlaku kerana satu maklumat yang mengatakan kampung itu menjadi tempat persembunyian tentera Vietkong daripada batalion ke-48. Kanak-kanak dan wanita dibunuh dengan kejam Bagaimanapun, operasi serangan tersebut menemui jalan buntu apabila gagal menemui sebarang petanda tentera musuh berada di kampung itu. Bimbang misi berkenaan tidak berjaya, platun itu cuba mendapatkan maklumat daripada penduduk tempatan untuk menjejaki kedudukan tentera musuh. Malangnya, penduduk kampung May Lai tidak memberikan kerjasama. Justeru, Leftenan William Calley yang mengetuai operasi berasa bingung dan mulai marah terhadap penduduk kampung

Orang Melayu Melaka pertama mengelilingi dunia?

Image
Bahagian pertama: Misi pelayaran Ferdinand Maggellan mengelilingi dunia.  Selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, beratus-ratus orang   lelaki di negeri itu telah ditangkap. Kesemua mereka telah kemudian dibawa ke Lisbon untuk dijual sebagai hamba abdi. Ketika pelayaran menuju ke negara di benua Eropah itu, salah seorang daripada mereka yang menjadi tahanan digelar Awang telah menarik perhatian seorang pelayar terkenal, Ferdinand de Maggellan. Pelayar Portugis itu begitu tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka tersebut sehingga dia diberi keistimewaan apabila dilepaskan dari kurungan. Ferdinand de Maggellan Awang   kemudiannya diambil oleh Ferdinand untuk dijadikan kelasi di dalam kapalnya dengan syarat pemuda itu tidak memberontak. Bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu, Ferdinand menukarkan nama Awang kepada gelaran Enrique. Sejarah mengelilingi dun

Mengaku tidak makan selama 70 tahun

Image
Di New Delhi, India, sekumpulan doktor yang berkhidmat dengan tentera India bertungkus-lumus melakukan kajian terhadap seorang lelaki, Prahlad Jani selepas dia mendakwatidak pernah makan dan minum selama 70 tahun. Dipercayai, lelaki misteri ini memperoleh kebolehan tersebut  selepas  dia meninggalkan rumah semasa berusia tujuh tahun dan kemudian mengabdikan dirinya pada Tuhan di negeri Rajasthan.  Ketika itu, Prahlad mendakwa dia telah diberikan makanan oleh seorang dewi yang memasukkan sejenis pati ke dalam lubang di lelangitnya. Add caption Ekoran itu, Prahlad  yang berumur 83 tahun telah menjadi bahan kajian oleh 30 orang doktor. Kajian tersebut yang dilakukan selama 24 jam mengambil masa selama 15 hingga 20 hari di sebuah hospital di bandar Ahmedabad, Gujerat. Pengarah Institut Pertahanan Fisiologi dan Sains Sokongan India, Dr. G. Ilavazahagan berkata, kes ini adalah yang kali pertama dilaporkan. Kebolehan yang dimiliki oleh Prahlad adalah sangat luar biasa k

Perjalanan Gendang Dongson

Image
Ukiran yang memiliki nilai yang tinggi Sebanyak lapan buah artifak gendang gangsa dari jenis Heger I yang juga dikenali sebagai gendang Dongson telah dijumpai di semenanjung Malaysia. Lokasi jumpaan artifak berkenaan ialah di Kampung Batu Pasir Garam, Sungai Tembeling, Pahang; Bukit Kuda, Klang, Selangor; Sungai Lang, Kampung Sungai Sedu, Kampung Batu Buruk dan Kampung Gaung, si Terengganu. Walaupun kebanyakan artifak ini ditemui dalam rupa bentuk yang tidak begitu sempurna, ia amat penting kepada kajian arkeologi zaman pra sejarah, khususnya perkembangan kebudayaan Dongson. Ini kerana, kajian terhadap gendang tersebut secara tidak langsung dapat menyelesaikan beberapa persoalan tentang zaman logam di Malaysia. Lokasi penemuan Gendang Dongson Antara persoalan yang sering menjadi polemik ialah wujudkah Zaman Gangsa tulen di Malaysia? Kedua, apakah kaitannya dengan zaman besi? Di manakah asal-usul gendang Dongson? Apakah fungsi gendang Dongson? Bagaimanakah gendang ini

Bateri gula sumber tenaga masa depan

Image
Jangan hairan jika pada masa hadapan, telefon bimbit tidak lagi dicas menggunakan sumber elektrik, sebaliknya diisi ulang menggunakan sisa air sirap atau minuman ringan. Ini kerana, pada masa kini, pencipta gajet sudah mula giat mencari sumber baru sebagai penjana alat elektronik, dan salah satu pilihan utama ialah elektrik daripada gula. Kaedah itu ditemui oleh seorang penyelidik dari Saint Louis University, Missouri, Amerika Syarikat, Dr. Shelley Minteer yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektro kimia. Penciptaan itu bertujuan mencari alternatif baru bagi menjana elektrik selain daripada penggunaan tenaga nuklear dan solar. Walaupun kaedah tersebut pernah diperkenalkan sebelum ini, tetapi Minteer mendakwa bateri gula ciptaannya mampu bertahan lebih lama. Jelas Minteer, gula merupakan sumber tenaga yang wujud secara semula jadi di bumi. Bukan sekadar sumber makanan, tetapi gula juga boleh dijadikan bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik. Bateri gula memerlukan

Kentut paling mahal di dunia

Image
Seorang juruteknik komputer di Bank Nasional Sweden, Goran Andervass, 44, tidak menyangka hanya kerana angkara kentut, dia boleh menjadi kaya. Durian runtuh itu diperoleh Goran selepas dia membantah perlakuan rakan sekerjanya yang melepaskan kentut berhampiran dengannya sehingga mengeluarkan bau yang sangat menjijikkan. Goran mendakwa rakannya itu melakukan perbuatan tersebut dengan sengaja, tetapi rakannya itu menafikannya. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran yang serius dan berpanjangan di antara mereka. Berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan pengarah bank berkenaan. Ketika kedua-dua mereka dipanggil oleh pegawai atasan, rakannya membuat tuduhan bahawa Goran cuba menyampaikan cerita yang tidak benar. Akhirnya Goran dipecat `atas alasan peribadi.’ Tidak puas hati dengan keputusan itu, Goran membawa kes tersebut ke mahkamah dengan membuat tuntutan ganti rugi U$100,000. Tanpa diduga, tuntutan itu berjaya dan Bank Nasional Sweden diwajibkan membayar ganti rugi tersebut. Me

Hormon cinta sang monyet

Image
Istilah cinta monyet sering digunapakai untuk menggambarkan cinta remaja yang tidak serius. Namun, hakikat yang sebenarnya ialah monyet juga boleh dilamun cinta. Perkara itu dibuktikan melalui satu kajian genetik yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Stanford, Amerika Syarikat, yang telah menemui sejenis hormon aneh pada satu spesies monyet. Hormon tersebut dikenali sebagai Oksitosin atau ‘hormon cinta’ – sejenis hormon pituitari yang merangsang uterus. Menurut ketua kumpulan penyelidik itu, Karen Parker, hormon tersebut amat berpotensi untuk mengaktifkan sistem pembiakan dan perilaku sosial. Bagaimanapun, hormon ini bukan bererti monyet akan menjadi spesies haiwan monogami, tetapi lebih memupuk sifat kasih sayang antara satu sama lain, seperti hubungan ibu dan anak. Jelasnya, oksitosin sebenarnya ditemui pada semua spesies mamalia, tetapi oksitosin yang ditemui pada spesies monyet ini berbeza sama sekali. Perbezaan itu berlaku kerana gen yang bertanggungjaw

Dunia semakin berangin

Image
Dalam masa dua dekad lalu, dunia semakin berangin. Namun demikian, sehingga hari ini belum ada bukti yang dapat menjelaskan punca penyebabnya. Berdasarkan analisis dari satelit global, kemunculan angin ekstrem yang berpunca daripada ribut didapati melonjak sebanyak 10 peratus. Sementara itu, kelajuan angin pula dianggarkan meningkat sebanyak lima peratus. Kajian yang dilakukan di University of Technology, Melbourne, Australia juga, mendapati kadar kelajuan angin di dunia meningkat sejak akhir-akhir ini. Pun begitu, setakat ini punca penyebab berlakunya fenomena tersebut masih belum dapat dikenal pasti. Sama ada ianya berlaku akibat pemanasan global atau perubahan pola cuaca, belum dapat disimpulkan secara tepat. Dengan keadaan angin seperti ini, kajian yang dilakukan mendapati akan berlaku perubahan pada struktur bangunan, hakisan laut serta ekosistem maritim.
Image
Kewujudan hutan batu Satu jajaran hutan yang terletak kira-kira 75 kilometer di sebelah tenggara Kota Kunming, Yunan, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga kini. Hutan tersebut dipenuhi dengan batuan besar yang berusia jutaan tahun. Lantaran keadaan semula jadinya begitu, lokasi tersebut digelar sebagai Hutan Batu. Bagi   masyarakat sekitar khususnya penduduk etnik Yi Shilin, mereka menamakan kawasan itu sebagai Shilin.   Persoalan yang sering ditanya, mengapa kawasan tersebut digelar hutan batu? Apakah punca yang menyebabkan lokasi hutan itu dipenuhi batu-batu yang bersaiz besar? Menurut seorang penduduk tempatan, Bi Yunhua, kawasan tersebut yang digelar hutan batu telah dikenali sejak berabad zaman lamanya. Mengikut keadaan permukaan bumi, kawasan itu adalah kawasan tanah tinggi   yang mempunyai keluasan 12 kilometer kaki persegi. Keseluruhan kawasan hutan batu ini terdiri daripada jajaran batu-batu kapur besar. Selain itu, hutan batu t