Serangan Orang Minyak


Julai 2007, penduduk di sekitar Taman Kenari, Kulim, Kedah ketakutan apabila mereka mendakwa kewujudan lembaga hitam yang menyerupai manusia berlumuran minyak sering menceroboh kawasan perumahan itu.

Lebih memeranjatkan lagi, beberapa orang wanita di situ juga mendakwa turut mengalami kejadian aneh seperti berasa dihimpit sesuatu ketika tidur dan apabila sedar terdapat kesan-kesan lebam pada tubuh terutamanya di bahagian paha.

Serangan yang dipercayai cukup membimbangkan
penduduk di Taman Keladi, Kulim, Kedah
Menurut pengerusi kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kenari, Mohd Sabri Mat Rejab, 48, ramai penduduk pernah terserempak dengan makhluk itu. Katanya lagi, mulanya dia menganggap cerita orang minyak ini sekadar bahan cerita kedai kopi.

Jelas Sabri, sekarang ini, ramai penyamun dan perompak gemar menggunakan taktik sebegini untuk memecah masuk rumah. Lebih-lebih lagi di kawasan perumahan yang jauh daripada kesibukan orang ramai. Tapi satu tanda tanya yang cukup membingungkannya adalah kenapa tidak ada barang yang dilaporkan hilang?

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Sabri kemudian mengambil keputusan untuk meningkatkan rondaan malam bagi melihat sendiri kejadian itu. Suatu malam, ketika melakukan satu rondaan, dia terjumpa, bayang seekor kucing membuka pintu pagar. Beberapa minit selepas itu, jiran tetangga kawasan itu kecoh seperti sedang mengejar sesuatu. 

Justeru, dia terus ke tempat jirannya itu dan mendapati mereka sedang mengejar lembaga yang seakan-akan seorang penyelam, hitam berkilat dan berminyak. Malangnya, mereka gagal mengejar lembaga itu yang secara tiba-tiba hilang tanpa di kesan.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, mereka dikejutkan lagi dengan kemunculan orang minyak di atas bumbung salah seorang penduduk di situ. Kali ini, kemunculannya disusuli dengan suara wanita meminta tolong dari sebuah rumah di hujung simpang. Jeritan kuat itu mengejutkan pasukan rukun tetangga yang terus mengepung rumah itu bersama 20 orang penduduk.  Sepantas kilat, ia hilang. Wanita yang menjerit itu mengalami masalah lebam di beberapa bahagian tubuh.

Pada 18 September lalu, lembaga pelik itu muncul lagi. Kali ini di Taman Keladi dan Taman Angsana, Sungai Petani, Kedah. Cerita mulut ke mulut mengesahkan kemunculan orang minyak di situ. Di katakan, ia mula mengganas dengan mencabul beberapa gadis yang tinggal serumah. Selain itu, ia turut menyerang beberapa orang suri rumah.

Fatimah  menenangkan anak gadisya selepas trauma
akibat diserang oleh orang minyak
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatimah, 42, berkata, dia hanya tergamam dan tidak berupaya melakukan apa-apa pergerakan selepas mendengar anak gadisnya yang berusia 15 tahun menjerit meminta tolong. Menurut anak gadisnya, dia diserang orang minyak dan selepas dia menjerit, orang minyak itu menghilangkan diri ke dapur rumah mereka. 

Sesuatu yang agak pelik adalah, tidak ada kesan umpil atau kopak pada pintu dapur malah tidak berbekas langsung, soalnya, bagaimana makhluk ini melarikan diri?

FAKTA MENGENAI ORANG MINYAK

Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, orang minyak ialah merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu hitam yang perlu memenuhi syarat mendapatkan 40 dara gadis sunti. Mengikut cerita lisan, ilmu orang minyak membolehkan seseorang itu mendapat kuasa yang hebat seperti sentiasa muda dan tidak di makan usia. Selain itu, mereka ini juga mampu menjelma menjadi apa saja dan kebal serta mampu ghaib pada bila-bila masa.

Gambar sekadar hiasan
Penuntut ilmu hitam ini, biasanya akan menjelma menjadi lembaga hitam berkilat dan berminyak di waktu malam bagi menyempurnakan sumpahan yang dikenakan pada mereka. Mengikut cerita lisan, si guru akan menyumpah anak muridnya menjadi lembaga hitam (orang minyak) sebagai ujian untuk pengijazahan. Murid itu nanti akan pergi menunaikan syarat mendapatkan 40 dara gadis sunti bagi membebaskan diri daripada sumpahan itu. Ketika itulah, dia perlu menguji segala sihir yang telah dipelajarinya dan pelbagai rintangan akan mencarinya termasuklah halangan daripada orang kampung dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan
Sihir orang minyak memang luar biasa. Ia boleh memukau dan membuatkan penghuni rumah terkunci. Malah ia juga boleh melakukan aksi pelik seperti melekat seperti cicak dan bertukar rupa menjadi pelbagai benda termasuk pokok. Bagaimanapun,  terdapat beberapa kelemahan pada sihir orang minyak. Menurut kepercayaan, sihir orang minyak lemah apabila berjumpa dengan kelopak Jantung Pisang atau Keladi Bira. Jelmaannya akan hilang bila badannya terkena batang ubi kayu. Orang minyak akan hilang semua kuasa sihir jika dibalut dengan kain batik lepas.

Mengikut cerita mitos, gangguan orang minyak dapat diselesaikan dengan menggagalkan sumpahannya. Jadi satu jenis perangkap perlu disediakan. Selepas mengepung lembaga itu, tebarkan kain batik lepas ke badannya. Lepas itu, gigit ibu jari makhluk itu.  Selepas itu, kampung tersebut akan bebas selamanya daripada serangan orang minyak.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit