Posts

Showing posts from January, 2011

Korban pokok gergasi

Image
Di Madagascar, Afrika, terdapat sejenis pokok yang boleh memakan manusia. Pokok karnivor itu telah di rekodkan wujud oleh pengembara Jerman, Carl Linche pada tahun 1878. Mengikut cacatan Linche yang disiarkan oleh akhbar ‘South Australian Regsiter’ pada tahun 1881. Cerita Linche, dia secara tidak sengaja telah terserempak dengan sekumpulan orang asli daripada puak Mkodo. Dia berasa pelik apabila melihat mereka mengejar seorang gadis daripada kalangan mereka ke arah sebatang pokok gergasi. Kemudian selepas mengepungnya, mereka beramai-ramai mengelilinginya sambil mengacukan lembing tajam ke arahnya. Gadis itu faham maksud puaknya berbuat begitu. Dia pun segera memanjat pokok itu. Rupa pokok itu semacam pokok nenas yang mempunyai jambul di atasnya. Cuma bezanya pokok ini mempunyai sesungut hijau yang panjang dan menjalar turun dari sebuah takungan yang berisi sejenis cecair. Gadis itu kemudiannya meminum cecair itu. Tidak semena-mena, pokok itu bergerak dan sesungutnya

Pembunuh Berkapak New Orleans

Image
Pada suatu pagi, 24 Mei, 1918, seorang lelaki tukang kasut berbangsa Itali, Jake Maggio terkejut apabila terdengar jeritan abangnya Joe yang sedang tidur bersama isterinya di bilik sebelah. Setibanya di situ, dia nampak, seorang wanita terbaring  di atas lantai. Kepalanya hampir putus dari tubuhnya; Joe pula terbaring di atas katil sambil mengerang kesakitan. Tidak jauh darinya, terdapat sebilah kapak berlumuran darah dan sebilah pisau cukur yang digunakan penjenayah mengelar leher Joe. Tidak lama selepas itu Joe pun mati. Sewaktu ketibaan Polis di tempat kejadian, Jake dengan adik keduanya, Andrew telah berjaya menemui cara bagaimana penceroboh itu masuk – melalui panel yang telah dipahat di pintu belakang. Kemudian, mereka berdua ditahan Polis kerana disyaki sebagai suspek kes ini. Bagaimanapun, dibebaskan kemudiannya. Di satu kaki lima yang terletak di dua batang jalan yang tidak jauh dari situ, seseorang telah menulis dengan kapur seperti ini : “Puan Maggio akan dibangun

Rahsia Berjalan Atas Api

Image
Api sebagai satu kuasa telah wujud sejak zaman dinosaur lagi. Malah kepercayaan manusia terhadap kuasa alam meletakkan api, tanah, air dan angin sebagai elemen kehidupan. Di antara empat elemen itu, kuasa api sangat mendalam hingga ia dijadikan simbolik dalam sesebuah kebudayaan masyarakat di dunia. Ia juga cukup berkuasa malah digunakan sebagai alat medium menyembuhkan penyakit, menguji ketentuan nasib seseorang serta menentukan kebenaran. Di benua Asia, api memang satu punca kuasa yang agung. Kepentingannya sebagai alat spiritual telah lama dipercayai mengandungi kuasa-kuasa magis. Malah ia juga turut dikaitkan dengan kuasa paranormal yang ghaib. Masyarakat Asia juga menggunakan api sebagai prosesi penyembuhan, upacara keagamaan, cara mendapatkan restu dan sebagainya. Ada di antaranya memerlukan seseorang itu berjalan atas api. Bagi puak Kahuna, Hawai, remaja yang sudah baligh perlu berjalan atas api sebagai menandakan mereka sudah matang untuk menempuhi alam dewa

Raksasa LOCH di tasik Nessie

Image
Gambar yang didakwa raksasa yang berjaya dirakam pada tahun 1933 oleh Spicer Pada 23 Julai 1933, Spicer dan isterinya melalui jalan raya yang baru dibina berhampiran tasik Nessie, Scotland. Mereka terkejut apabila terserempak dengan seekor makhluk yang sangat besar melintas di hadapan mereka. Makhluk itu berleher panjang dan bergerak ke arah tasik sebelum hilang di sebalik hutan yang tebal. Cerita penemuan pasangan ini akhirnya mengemparkan seluruh penduduk di Scotland. Justeru, seorang pemilik sebuah sarkas, Bertram Mills yang berminat dengan berita itu telah menawarkan hadiah sebanyak £20,000 paun sterling kepada sesiapa yang berjaya menangkap makhluk itu. Sejak itu, ramai yang mendakwa melihat makhluk tersebut. Salah seorangnya adalah Grant . Dia mendakwa hampir terlanggar dengan makhluk berkenaan ketika menunggang motosikal pada pukul 1 pagi, 5 Januari, 1934. Gambar sekadar hiasan Selain itu, ada juga pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambar makhluk itu.

Sperma ciptaan manusia

Image
Para pengkaji dari Universiti Newcastle, berjaya mencipta sperma sintetik yang pertama di dunia. Ia diberi nama In-Vitro Derived (IVD). Ia diambil daripada sel batang embrionik yang dimiliki oleh lelaki dengan meningkatkan kesuburan mereka. Penciptanya, Professor Karim Nayemia menjelaskan, sperma ini memiliki kandungan yang sama dengan sperma asli. Ia juga mengandungi haploid nucleus yang mempunyai 23 kromosom, berekor dan mempunyai kemampuan untuk berenang. Sperma ini juga memberikan peluang kepada lelaki-lelaki yang mandul untuk  memiliki anak. Pun begitu mereka haruslah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sperma ini. Selain itu, Nayemia juga memberitahu, memang agak mustahil jika  mereka menggunakan sel perempuan bagi mencipta sperma sintetik ini. Ini kerana, sperma sintetik hanya menggunakan kromosom Y yang  terdapat pada lelaki. Walau bagaimanapun, pengkaji-pengkaji lain menyarankan supaya Nayemia dan kumpulannya membuat ujian lanjutan

Apa itu UFO?

Image
Di Kota Kinabalu, Sabah, seorang saksi melihat sebuah objek bercahaya terbang di udara pada jam 8.00 malam. Objek tersebut pada mulanya kelihatan kecil macam bintang. Akan tetapi ia mula membesar setelah ia turun semakin rendah. Ia  mempunyai bentuk seperti gasing serta berputar-putar. Dia segera lari masuk ke dalam rumah untuk mengambil kamera video. Fenomena aneh ini berjaya dirakamnya  sehingga cahaya tersebut beredar dari situ. Apakah gerangan objek terbang itu? Ia pasti bukan sebuah helikopter atau pun kapal terbang. Ia juga bukan sebuah satelit mahu pun planet. Fenomena objek terbang ini bukan saja dilihat di Malaysia, malah ia muncul di seluruh pelosok dunia. Gambaran yang diberi hampir seakan sama dari segi rupa bentuk serta ciri-ciri penerbangannya. Ia pernah muncul di zaman silam dan ia terus muncul dari masa ke semasa hingga ke hari ini. Kebanyakan objek ini dilihat pada waktu malam dan berkurangan pada waktu siang. Waktu kemunculannya agak singkat iaitu sekitar

Pengawal Rumah Melayu Lama

Image
Setiap rumah tradisional Melayu lama pasti akan mempunyai sebatang tiang yang diberi nama tiang seri. Berkedudukan di tengah rumah ibu, ia sangat istimewa berbanding tiang-tiang yang lain.    Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu dahulu, kewujudan tiang seri bertujuan untuk menjaga keselamatan dengan bertindak sebagai perisai daripada gangguan jahat. Peliknya, bagaimana pula sebatang tiang kayu boleh berbuat demikian? Jika dilihat daripada segi logiknya, tiang ini berkedudukan tetap dan jelas sama sekali tidak berfungsi apa-apa untuk keselamatan. Seorang penduduk dari Kampung Bukit Bakar, Machang, Kelantan, Zakaria Sulaiman, 80, memberitahu, sukar untuk membuktikan sama ada benar tiang seri mempunyai kuasa yang luar biasa. Ini kerana, tiada bukti kukuh mengenainya. Namun, kepercayaan masyarakat Melayu dulu yang kuat berpegang pada kepercayaan khurafat menyebabkan mereka sanggup melakukan perjanjian dengan makhluk ghaib. Justeru, fenomena ini berlaku disebabkan kehadiran entit

Petua manusia berusia 256 tahun

Image
‘Jagalah agar hati mu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing’ . Itulah ungkapan yang selalu dikatakan oleh Li Chung Yun apabila ditanya tentang petua umur panjang. Beliau meninggal dunia pada 6 Mei 1933 ketika berusia 256 tahun. Pada 1930, seorang profesor daripada Universiti Chengdu, bernama Wu Chung Chieh telah menemui sebuah catatan kerajaan purba China yang mempunyai kaitan dengan Li Chung Yun. Ia adalah lembaran daripada maharaja China Dinasti Qing ketika itu, yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Li Chung Yun yang ke-150. Lembaran tersebut dikeluarkan pada tahun 1827. Ini bermakna Li Chung Yun dilahirkan pada 1677. Selama hidupnya, Li Chung Yun dikenali sebagai seorang pengamal herba dan ahli kung-fu. Beliau pernah dilantik menjadi penasihat ketenteraan oleh kerajaan China. Li Chung Yun juga adalah pengembang ilmu Jiulong Baguazhang (sembilan naga dan diagram tapak tangan) serta Qigon

Beruk Pun Bersekolah

Image
Sewaktu penulis berkunjung ke kampung Bunut Sarang Burung, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan terdapat sebuah sekolah istimewa berbeza daripada sekolah yang ada di seluruh negara kita. Di sekolah ini, para pelajarnya dilatih memetik buah kelapa. Menakjubkan! mesti anda tertanya-tanya apakah keistimewaan yang ada pada sekolah tersebut. Istimewanya adalah, semua para pelajarnya adalah di kalangan binatang yang dikenali sebagai Beruk. Tenaga pengajarnya, Roslan Hj. Abdullah, 45, berkata, sekolah yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu menjadi tumpuan pemelihara beruk melatih haiwan kesayangan mereka itu. Persoalannya, apakah istimewanya sekolah ini. Roslan menjelaskan, istimewanya sekolah ini ialah cara pengajaran yang lebih menitikberatkan komunikasi persefahaman antara pengajar dan pelajar. Buktinya, ramai pelajarnya menunjukkan prestasi yang cemerlang kepada tuan masing-masing selepas menamatkan pengajian. Memang janggal dan kelakar jika anda membacanya, tapi itulah keistimewaan yang

Batu Nisan hidup di kg Manok

Image
Kawasan perkuburan kampung Manok yang terletak dalam daerah di Machang, Kelantan telah mencetuskan satu fenomena misteri sejak 100 tahun lalu apabila sebuah batu nisan dikatakan membesar sehingga 100 kali ganda daripada saiz asal. Inilah saiz batu nisan yang didakwa hidup di Kg. Manok Fenomena itu kini menjadi persoalan di kalangan penduduk di situ yang menganggap ia sebagai keramat. Jauh daripada pemikiran tahyul sebegitu, bagaimana batu nisan ini boleh membesar sebegitu rupa? Apakah ia mempunyai rahsia seperti mana batu Megalith yang dikatakan boleh membesar dengan sendirinya. Menurut sejarah, batu Megalith digunakan orang-orang dahulu kala sebagai penanda kuburan. Batu ini mampu membesar dan kekal lama tanpa mengalami proses luluhawa. Di  kepulauan Sulawesi, Indonesia, batu Narik Punang mampu membesar dan membentuk susuk tubuh manusia dengan rupa paras sekali. Jika dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti manusia tertanam separas pinggang. Ada pelbagai mitos mengenai b

Rasukan lagu pembunuh

Image
Dalam kehidupan manusia selalunya tidak lepas daripada mendengar muzik. Malahan, muzik merupakan sebahagian dari kehidupan manusia. Justeru, mustahil jika ada manusia yang tidak sukakan muzik. Tapi, adakah anda pernah mendengar muzik boleh merasuk manusia hingga sanggup membunuh diri? Sebuah lagu, ciptaan seorang penulis lirik dari Hungry, Reszo Seress pada tahun 1933 telah menyebabkan ramai pendengarnya membunuh diri. Lagu yang dikenali ‘Gloomy Sunday’ diilhamkan oleh Seress sebagai tanda menyatakan kisahnya yang sering bergaduh dengan teman wanitanya. Anehnya, apabila lagu itu mula dipasarkan, berlaku beberapa siri kejadian bunuh diri yang sukar dijelaskan sehingga hari ini. Semenjak dari itu, lagu tersebut dikenali sebagai ‘Lagu Pembunuh Diri’. Reszo Seress Reszo Seress bersama dengan kekasihnya. Antara orang yang pertama membunuh diri selepas mendengar lagu ini ialah kekasih Reszo sendiri. Kekasihnya itu telah ditemui mati selepas dikatakan membunuh diri sewaktu